Maksud: Ilmu pengetahuan hanya untuk keperluan semasa hidup sahaja
ilmu padi, makin berisi makin tunduk
Maksud: Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin merendahkan diri
ilmu pelita hati
Maksud: Ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk membuat keputusan yang bijak.
inai tertepung, kuku tanggal
Maksud: Kerja telah siap tetapi faedahnya tidak didapatkan kerana berlaku sesuatu
inang pengasuh
Maksud: Inang atau pengasuh yang menemani dan melayan puteri raja
indah khabar dari berita
Maksud: Khabar atau percakapan orang selalunya melebih-lebihkan kecantikan (kesempurnaan dan lain-lain) sesuatu daripada keadaannya yang sebenar