Maksud: Menikmati keindahan.
janda berhias
Maksud: Janda yang tidak beranak
jangan bagai orang patah selera, banyak makan
Maksud: Pura-pura tidak mahu, tetapi dalam hati suka sekali. patah selera = tak bernafsu makan
jangan bercermin di air keruh
Maksud: Jangan diturut teladan yang buruk
jangan berkemudi di haluan
Maksud: Jangan terlalu menurut kata isteri
jangan berludah ke langit
Maksud: Jangan mengeji ibu bapa atau saudara-mara sendiri.