Maksud: Orang bodoh hendak dianggap (dijadikan) orang pandai
kelekati memanjat peran, sebelum mati belum jeran
Maksud: Terlalu gemarkan sesuatu hingga sanggup membahayakan (membinasakan) diri
kelekatu hendak terbang ke langit
Maksud: Berkehendakkan atau mengerjakan sesuatu yang tidak mungkin berhasil
kelengar matahari
Maksud: Pengsan kerana kepanasan pancaran matahari
keli dua selubang
Maksud: Seorang perempuan yang mempunyai dua orang kekasih
kelik-kelik dalam baju, musuh dalam selimut
Maksud: Musuh berhampiran dengan kita yang boleh menyusahkan (merosakkan) kita