ambil alih

Maksud: Membuat sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh

ambil angin

Maksud: Bersiar-siar mengambil udara bersih.

Contoh ayat: Keluarga Arsyad ambil angin di tepi pantai pada setiap petang.

ambil berat

Maksud: Beri perhatian.

Contoh ayat: Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap prestasi pelajaran kami.

ambil haluan

Maksud: Membuat keputusan dalam sesuatu perkara.

Contoh ayat: Berhati-hati ketika ambil haluan supaya rancangan kita nanti akan memberikan hasil yang lumayan.

ambil hati

Maksud: 1. Menyenangkan hati seseorang.
2. Berasa tersinggung.

Contoh ayat: 1. Farah pandai ambil hati ibu mertuanya.
2. Jangan ambil hati akan kata-katanya kerana dia menasihat untuk kebaikan.