Maksud: Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia
alur bertempuh, jalan berturut
Maksud: Dilakukan menurut adat (kebiasaan yang lazim)
aluran adat
Maksud: Adat yang betul
amat berlela, amat berupa
Maksud: Banyak perangai, banyak olahnya. amat= terlalu banyak
ambil abu
Maksud: Maksud yang tidak kesampaian
Contoh ayat: Persidangan itu tidak berhasil, masing-masing pulang ambil abu sahaja.
ambil ada
Maksud: Melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh.
Contoh ayat: Buat rujukan lanjut tentang projek kamu itu di perpustakaan, jangan ambil ada sahaja, kata Cikgu Ahmad kepada murid-muridnya.