Maksud: Hal (orang) yang tidak mendapat perhatian dalam masyarakat
keluarga sedarah
Maksud: Sanak saudara yang bertalian darah
keluarga semenda
Maksud: Pertalian kekeluargaan yang berjalin kerana perkahwinan
keluh tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran
Maksud: Kemewahan (kemuliaan) tidak sentiasa mendatangkan kebahagiaan manakala kemiskinan ada kalanya memberi kesenangan
keluh-kesah tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran
Maksud: Kemewahan (kemuliaan) tidak sentiasa mendatangkan kebahagiaan manakala kemiskinan ada kalanya memberi kesenangan
keluk lekuk
Maksud: Perbuatan curang