anak di pangkuan diletakkan, kera di hutan disusui

Maksud: Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.

Contoh ayat: Malek lebih mementingkan rakan- rakanya daripada keluarganya, dia ibarat anak di pangkuan diletakkan, kera di hutan disusui.

anak didik

Maksud: Orang di bawah jagaan kita.

Contoh ayat: Guru besar sedang memberikan taklimat kepada anak didiknya.

anak emas

Maksud: Orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.

Contoh ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaannya.