mandi kerbau

Maksud: Mandi yang tidak bersih.

Contoh ayat: Semasa mengikuti Kursus Bina Semangat, peserta terpaksa mandi kerbau kerana kekurangan air.

mandi keringat

Maksud: Bekerja dengan sepenuh tenaga.

Contoh ayat: Penduduk di kampung itu bermandi keringat untuk membina sebuah sekolah agama.

mandi manda

Maksud: Mandi dengan sepuas-puasnya

mandi mayat

Maksud: Menyucikan mayat dengan air

mandi nifas

Maksud: Upacara mandi empat puluh hari selepas bersalin