Maksud: Anak celaka (kata-kata untuk memaki orang)
anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran
Maksud: Urusan sendiri ditinggalkan kerana lebih mementingkan urusan orang lain
anak kera hendak diajar memanjat
Maksud: Hendak mengajar orang yang sudah ahli
anak kucing menjadi harimau
Maksud: Perihal anak orang miskin menjadi kaya atau anak rakyat menjadi orang besar atau anak orang bodoh menjadi pandai
anak kuda bulu kasap
Maksud: Perihal anak muda yang riang gembira
anak kukut
Maksud: Anak orang lain yang diambil dan dipelihara sebagai anak sendiri, anak angkat.