Maksud: Menyelesaikan
mematut diri
Maksud: Menghiaskan diri, berdandan
membabi buta
Maksud: Berbuat sesuatu tanpa banyak berfikir.
Contoh ayat: Serangan yang membabi buta itu telah menyebabkan ramai orang awam terkorban.
membabi jalang
Maksud: Bermukah atau berzina
membaca jambatan ilmu
Maksud: Amalan membaca dapat membantu kita menambahkan pengetahuan.
Contoh ayat: Jika kita rajin membaca maka bertambahlah pengetahuan kita kerana membaca jambatan ilmu.
membadai burung atas langit, merendah diharap jangan
Maksud: Janganlah mengharap-harap benda yang susah didapat itu