Maksud: Permukaan laut
muka licin, ekor berkedal
Maksud: Baik pada lahirnya sahaja (tidak pada batinnya)
muka licin, ekor berkudis
Maksud: Orang yang pada lahirnya banyak wang tetapi sebenarnya banyak hutang
muka licin, ekor penuh berkudis
Maksud: Bergaya seperti orang kaya, sebenarnya hidup melarat
muka manis
Maksud: Menunjukkan muka yang gembira dan tersenyum.
Contoh ayat: Dia bercakap dengan muka manis kepada tetamu yang hadir.
muka papan
Maksud: Tidak tahu malu