Maksud: Jangan percaya kepada orang yang manis perkataannya dan barang atau wang yang dipinjamkan kepadanya jangan diharap akan dapat kembali
mulut manis jangan percaya, lepas daripada tangan jangan diharap
Maksud: Berhati-hati dengan pujukan daripada orang yang mahu menipu
mulut manis mematahkan tulang
Maksud: Jika seseorang disuruh dengan lemah lembut nescaya sukalah hatinya dan pastilah ia bekerja dengan sehabis-habis upayanya
mulut murai
Maksud: Orang yang suka bercakap banyak.
Contoh ayat: Akibat mulut murai Kak Timah, rumah tangganya porak-peranda.
mulut rambang
Maksud: Banyak cakap
mulut rampus
Maksud: Suka memaki-maki