pasang badan

Maksud: Berhias diri untuk memikat.

Contoh ayat: Beberapa bulan selepas kematian isterinya, Pak Mail mula pasang badan.

pasang kaki

Maksud: mengupah seseorang untuk mengintip atau memerhati sesuatu perkara atau rahsia

pasang mata

Maksud: Memerhatikan baik-baik, waspada

Contoh ayat: Pengawal keselamatan itu terpaksa pasang mata kerana barang kemas yang dipamerkan mahal-mahal belaka.