Maksud: Air pasang pada waktu bulan purnama
pasang surut
Maksud: Air turun selepas pasang naik
pasang telinga
Maksud: Mendengar dengan teliti. Ataupun mengintip dan mencuri dengar perbualan.
Contoh ayat: Ah Hong pasang telinga semasa abangnya berbual di telefon.
pasangan tiba di kodok
Maksud: Perintah (pekerjaan) yang tidak dapat dielakkan lagi
pasar amal
Maksud: Kegiatan berjual beli untuk mengutip wang derma
pasar gelap
Maksud: Tempat jual beli yang tidak sah.
Contoh ayat: Peniaga pasar gelap itu telah ditangkap kerana menjual barangan curi.