pembasuh tangan bidan

Maksud: Hadiah yang diberikan kepada orang yang telah memberi pertolongan dalam suatu kerja rumit

penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi

Maksud: Banyak belanja dan usaha dicurahkan tetapi akhirnya semua itu sia-sia.

Contoh ayat: Pembinaan stadium yang bernilai jutaan ringgit jauh di pedalaman hanya penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi.

pencuci mulut

Maksud: Manisan yang dihidangkan selepas makan.

Contoh ayat: Dia makan pengat pisang sebagai pencuci mulut selepas makan tengah hari.