arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih

Maksud: Orang jahat, biarpun diberi nasihat, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (= a. anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. burung gagak itu jika dimandikan dengan air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih bulunya, c. gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya)