diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat

Maksud: Diam orang berilmu berfikir, diam tetapi diam orang bodoh sia-sia sahaja.

Contoh ayat: Amir diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat kerana selama dia menyepikan diri, dia sebenarnya melanjutkan pelajaran di universiti.

diam-diam ubi

Maksud: Orang yang diam tetapi pandai dan rajin.

Contoh ayat: Lisa diam-diam ubi, nampak pendiam tetapi keputusan peperiksaannya sangat cemerlang.

diam-diam lepu

Maksud: Pada zahirnya baik dan jujur tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali