darah putih

Maksud: Keturunan bangsawan.

Contoh ayat: Kassim sebenarnya berdarah putih dan nama sebenarnya ialah Raja Kassim bin Raja Alauddin.

darah panas

Maksud: Cepat marah.

Contoh ayat: Berhati-hati apabila bercakap dengannya kerana dia darah panas.

darah nifas

Maksud: Darah yang keluar sesudah beranak

darah muda

Maksud: Semangat atau perasaan orang muda.

darah manis

Maksud: Mudah mendapat bahaya atau kecederaan.

Contoh ayat: Orang yang sedang bertunang dikatakan berdarah manis dan perlu sentiasa berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerja.