Maksud: Cakap sahaja yang besar tetapi tidak ada apa yang dikerjakan
cakap belakang
Maksud: Mengumpat.
cakap angin
Maksud: Cakap-cakap yang tidak berfaedah.
Contoh ayat: Daripada bercakap angin dan melepak di gerai baiklah kita ke perpustakaan.
cahaya mata
Maksud: Anak.
Contoh ayat: Puan Hayati baru sahaja melahirkan cahaya mata yang kedua.
cahaya hidup
Maksud: Peluang dan harapan
cagar hutan
Maksud: Hidupan liar yang dilindungi supaya tidak terpupus