buta ayam

Maksud: Mata yang rabun menjelang senja.

Contoh ayat: Dia tidak boleh memandu kereta pada waktu senja kerana dia buta ayam.

buta ala

Maksud: Bengis dan kejam

busut juga ditimbun oleh anai-anai

Maksud: Orang kaya juga yang bertambah kekayaannya atau orang yang pernah bersalah juga yang dituduh jika terjadi sesuatu kejahatan

busut betina

Maksud: Timbunan tanah yang besar dan bulat