Maksud: Tidak bebas atau tidak berkuasa (lagi)
terhutang budi
Maksud: Telah menerima perbuatan baik daripada orang lain.
Contoh ayat: Saya terhutang budi kepada Encik Rahim yang banyak menolong saya.
terhenti-henti bagai rumput di tengah jalan, mati segan hidup tidak mahu
Maksud: Perihal kehidupan yang melarat
terhentak ruas ke buku
Maksud: Hilang akal
tergolek di nan datar
Maksud: Mendapat bahaya oleh perkara kecil
tergising-gising bagai anak tiada diaku
Maksud: Mendekati orang yang tidak mahu dihampiri oleh kita