Maksud: Orang miskin yang berlagak seperti orang kaya-kaya
bersatu teguh, bercerai roboh
Maksud: Persefahaman dalam sesebuah masyarakat dapat membuahkan kejayaan manakala perbalahan akan menyebabkan perpecahan.
Contoh ayat: Seluruh rakyat Malaysia hendaklah saling bertolak-ansur dan bersatu padu kerana bersatu teguh, bercerai roboh.
bersatu hati
Maksud: Bermuafakat dan bekerjasama.
bersarak serasa hilang, bercerai serasa mati
Maksud: Seseorang yang terlalu rindu kerana bercerai dengan orang yang dikasihi
bersandar di lemang hangat
Maksud: Berlindung kepada orang yang zalim akan binasalah akhirnya
bersandar di batang rengas, gatallah badan
Maksud: Orang yang berhampiran dengan raja atau orang besar yang zalim, akhirnya ia sendiri mendapat kesusahan