Maksud: Tiada menaruh perhatian kepada apa yang dilihat dan didengar.
bermasam muka
Maksud: Tidak bertegur kerana berselisih faham.
bermandi peluh
Maksud: Bekerja kuat dan bersungguh-sungguh.
Contoh ayat: Setiap hari Pak Cik Salim bermandi peluh mengusahakan kebun sayurnya.
bermain-main dengan kerbau, dilontarnya muka dengan ekor
Maksud: Berkawan dengan orang bodoh (hina) tentu mendatangkan kerugian
bermain pisau luka
Maksud: Seseorang yang melakukan kejahatan akan merasakan akibatnya
bermain mata
Maksud: Mengenyitkan sebelah mata.