ambil mudah

Maksud: Menganggap sesuatu perkara itu mudah

ambil masa

Maksud: Memerlukan satu tempoh tertentu.

Contoh ayat: Lukisan yang dihasilkannya memang cantik tetapi pelukis itu seringkali mengambil masa sebulan atau lebih untuk menyiapkan sesebuah lukisan.

ambil hati

Maksud: 1. Menyenangkan hati seseorang.
2. Berasa tersinggung.

Contoh ayat: 1. Farah pandai ambil hati ibu mertuanya.
2. Jangan ambil hati akan kata-katanya kerana dia menasihat untuk kebaikan.