Maksud: Orang yang diam jangan disangka sebagai pengecut
air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Maksud: Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.
Contoh ayat: Faridah itu umpama air yang tenang jangan disangka tiada buaya, walaupun dia sentiasa pendiam tetapi bijak dan berani memberikan pendapat.
air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya
Maksud: 1. Kalau nak tahu niat di hatinya, dapat dimaklumkan daripada perkataannya
2. Perkataan seseorang itu membayangkan niat jahatnya
air yang keruh-keruh kerak
Maksud: Perkataan seseorang itu membayangkan niat jahatnya
air yang jernih, sayak yang landai
Maksud: Hukuman yang adil
air yang dingin juga yang dapat memadamkan api
Maksud: Kata-kata yang lemah lembut sahaja yang dapat meredakan kemarahan seseorang.