Maksud: Orang yang pintar tidak mudah kalah dalam bersoal jawab
akad nikah
Maksud: Perjanjian dalam perkahwinan.
Contoh ayat: Majlis akad nikah pasangan itu akan diadakan pada malam esok.
ajaran suci
Maksud: Ajaran tentang ketuhanan
ajal samar
Maksud: Mati dengan tiba-tiba tanpa sebab yang sewajarnya
ajak-ajak ayam
Maksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.
Contoh ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam.
air zamzam
Maksud: Air dari telaga zamzam di Mekah