Maksud: Berasa hairan dan tercengang-cengang apabila berada di tempat yang baru.
seperti rusa kena tambat
Maksud: Selalu dalam keluh-kesah
seperti rumput di tepi jalan
Maksud: Kehidupan yang melarat.
seperti raja dengan menteri
Maksud: Seia-sekata dalam semua perkara.
seperti rabuk dengan api
Maksud: Dua orang yang bertujuan sama dalam suatu perkara hanya menanti peluang yang baik saja lagi untuk dikerjakan
seperti puyuh mahu yang betina daripada yang jantan
Maksud: Perihal isteri yang berusaha keras mencari penghidupan sedangkan suaminya bersenang-senang sahaja (tidak mahu bekerja)