Maksud: Lelaki yang merindui gadis yang dikasihinya, tetapi gadis itu tidak mungkin dapat dimilikinya.
seperti pucuk eru, ke mana angin yang keras ke sana condongnya
Maksud: Tiada tetap pendirian sebentar begini sebentar begitu (mana orang yang menang atau kuat itulah yang diikut)
seperti pucuk dengan pelepah
Maksud: Sama darajatnya.
seperti polong kena sembur
Maksud: Berlari dengan pantas kerana ketakutan (jera dan lain-lain)
seperti pohon buluh ditiup angin
Maksud: Perihal orang yang lemah lembut, tetapi keras kemahuannya
seperti pohon beringin ditiup angin
Maksud: Menentang kekerasan tanpa berlemah-lembut.
Contoh ayat: Baran seperti pohon beringin ditiup angin kerana dia akan bertindak keras terhadap orang yang mengasarinya.