rusuh hati

Maksud: Gelisah.

Contoh ayat: Tuan Puteri Lelasari berasa rusuh hati kerana ayahandanya pergi berperang.

rusa ditembak, kijang yang kena

Maksud: Lain yang diimpikan, lain yang diperoleh.

Contoh ayat: Mei Ling bercita-cita untuk mendapat hadiah kereta tetapi dia mendapat sebuah basikal, bak kata pepatah rusa ditembak, kijang yang kena.

rupa tak boleh diubah, perangai boleh dibentuk

Maksud: Rupa paras adalah pemberian Tuhan, namun tabiat adalah pembentukan diri sendiri.

Contoh ayat: Pak Ali menasihati anaknya supaya menjaga tingkah laku kerana rupa tak boleh diubah, perangai boleh dibentuk.