Maksud: Setiap orang ada kemahuan (fikiran, kegemaran, dan lain-lain) sendiri
rajin seperti semut
Maksud: Orang yang rajin bekerja.
Contoh ayat: Walaupun dia tidak berpelajaran tinggi, namun hidupnya senang kerana dia rajin seperti semut.
rajin dan usaha tangga kejayaan
Maksud: Orang yang rajin berusaha pasti akan berjaya.
rajin bekerja mudah belanja
Maksud: Jika rajin bekerja akan mendapat hasil yang banyak untuk dibelanjakan.
Contoh ayat: Kita selalu diingatkan supaya rajin bekerja kerana rajin bekerja mudah belanja.
raja sehari
Maksud: Pengantin.
Contoh ayat: Saya akan menjadi raja sehari dua hari lagi.
raja putih
Maksud: Sejenis penyakit.