Maksud: Sesuatu yang sudah tidak boleh diharapkan atau digunakan tetapi masih dihormati kerana sebab-sebab tertentu.
putus-putus suara
Maksud: Suaranya tertahan-tahan
putus timba tinggal tali, putus tali tinggal timba
Maksud: Perihal seseorang yang kematian suaminya (bercerai dengan taulan yang diharap)
putus tali tempat bergantung, terban tanah tempat berpijak
Maksud: Kehilangan orang tempat menumpang hidup (putus pengharapan oleh sebab sesuatu kemalangan)
putus tali putus keluan, putus keluan rampung hidung
Maksud: Perhubungan persaudaraan (kekeluargaan) yang telah putus sama sekali (kerana perselisihan)
putus runut
Maksud: Hilang bekas jejak.