raja badar

Maksud: Kain putih yang halus.

raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah

Maksud: Pemimpin yang adil akan dimuliakan oleh pengikutnya, sebaliknya pemimpin yang zalim akan digulingkan.

Contoh ayat: Hang Jebat sanggup menderhaka kepada Sultan Melaka kerana baginya raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.

rahsia alam

Maksud: Keadaan alam yang belum diselidiki orang.

raga menanti pecah

Maksud: Perkara kecil yang akan mendatangkan bencana yang besar

rabun ayam

Maksud: Tidak dapat melihat dengan jelas ketika gelap atau pada waktu malam.

Contoh ayat: Ishak rabun ayam, sebab itulah dia tidak keluar pada waktu malam.