Maksud: Berfikir dengan teliti sebelum mengeluarkan perkataan
pelihara adat
Maksud: Mengekalkan dan mengamalkan adat
pelesit dua sekampung
Maksud: Lelaki yang membuat adik ipar sebagai isterinya
pelesit dua sejinjang
Maksud: Perempuan yang menduakan lakinya
pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak
Maksud: Mestilah ingat bahawa semua yang hidup akan mati juga sudahnya
pelanduklah melupakan jerat tetapi jerat tidak melupakan pelanduk
Maksud: Orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap mengancam