Maksud: Menerima salam
menerima panjang tangan, menghulur sekali belum
Maksud: Perangai orang yang tamak hanya mahu menerima pemberian orang sahaja tetapi tidak mahu memberi
menerima nasib
Maksud: Berserah kepada takdir
menera mutiara
Maksud: Kedudukan yang tinggi
menepung tiada berberas
Maksud: Pekerjaan yang dibuat dengan tiada cukup syarat, jaranglah boleh menjadi sempurna
menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
Maksud: Menceritakan cela cacat sendiri atau keluarganya, maka diri sendiri juga yang dapat malu.