mati beragan

Maksud: Mati kerana patah hati, membunuh diri

mati ayam, mati tungaunya

Maksud: Apabila tuannya atau ketuanya mendapat kecelakaan anak buahnya turut merasainya juga

mati ayam

Maksud: Mati dengan sesia sahaja, mati bongkong

mati akal

Maksud: Buntu fikiran.

Contoh ayat: Fitri menjadi bingung dan mati akal untuk menyelesaikan masalah rumah tangga yang sedang dihadapinya.