Maksud: Kebiasaan semasa kecil menjadi tabiat yang sukar diubah apabila telah dewasa
kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
Maksud: Orang yang sangat mengharapkan pertolongan, sangat gembira apabila ada orang yang ingin membantu.
kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan
Maksud: Menyatakan sangat berterima kasih atas nasihat atau pertolongan orang
kecil tak boleh disangka anak, besar tak boleh disangka bapa
Maksud: Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja (selalu juga ada pada orang-orang muda)
kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
Maksud: Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja.
kecil ikan, besar umpan
Maksud: Usaha yang besar, mendapat hasil yang kecil.
Contoh ayat: Armin bersungguh-sungguh mengusahakan kebunnya, tetapi hasilnya masih sedikit sahaja, umpama kecil ikan, besar umpan.