Skip to content

Maksud Peribahasa

Kamus Peribahasa & Simpulan Bahasa Melayu

Author: admin

Posted on

yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam

Maksud: Orang yang lebih malas disuruh mengerahkan orang yang malas (sia-sia belaka akhirnya)

Posted on

yang disangka tidak menjadi, yang diam boleh ke dia

Maksud: Orang yang bertunangan tetapi akhirnya berkahwin dengan orang lain

Posted on

yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi

Maksud: Melihat sesuatu menurut keadaannya yang terbukti dan sudah dipersaksikan

Posted on

yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

Maksud: Keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula.

Posted on

yang dikejar tak dapat, yang dikandung berciciran

Maksud: Apa yang dicari itu tidak diperoleh, barang yang ada pula hilang atau habis

Posted on

yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas

Maksud: Yang dikehendaki tidak tercapai, sedangkan alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai matlamat pun hilang

Posts navigation

Previous page Page 1 … Page 8 Page 9 Page 10 … Page 1,433 Next page

Peribahasa Melayu yang Paling Popular Setiap Hari

  • bagai ada gigi dengan lidah sahaja
  • bercabang bagai lidah biawak
© Copyright - maksudperibahasa.com - Privacy Policy - Cara Guna - Hubungi Kami