Maksud: Tanda-tanda yang tidak baik
gelagat baik
Maksud: Tanda-tanda yang baik
gelagah boreh rambutan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak
Maksud: Meniru-niru perbuatan orang lain kerana hendakkan keuntungan tetapi sia-sia belaka
gelagah boreh rambutan jantan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak
Maksud: Perihal nasib yang malang seseorang yang berbuat seperti orang lain tetapi tidak beroleh faedah (seperti orang lain)
gedang sebagai dilambuk-lambuk, tinggi sebagai dijunjung
Maksud: Membanggakan diri kerana kelebihan yang tidak ada
gedang kayu, gedang dahannya
Maksud: Kalau hasilnya banyak, banyak pula belanjanya