Maksud: Kekuasaan tuhan itu tidak ada batasnya
duri dalam daging
Maksud: Sesuatu yang amat tidak menyenangkan.
Contoh ayat: Kehadiran anak saudaranya yang pemarah itu bagai duri dalam daging dalam keluarga Puan Hamidah.
dunia sudah terbalik
Maksud: Keadaaan yang berbeza daripada yang semula jadi.
dunia diadang, kikir diperbuat, dunia diadang, saku dijahit
Maksud: Bersuka-suka mahu, tetapi mengeluarkan wang enggan
dunia akhirat
Maksud: Dunia sekarang dan dunia akan datang
dulukan yang dulu merasa garam
Maksud: Mengutamakan orang tua-tua di dalam sesuatu pekerjaan