gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

Maksud: Orang yang banyak jasa tetap akan dikenang meskipun sudah meninggal dunia.

Contoh ayat: Jasa Allahyarham Tuan Haji Kassim tetap dikenang oleh orang-orang kampung kerana beliau banyak berjasa bak kata pepatah gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

berkongsi