Maksud: Mendapat kesusahan kerana bercakap melebihi batas.
rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku
Maksud: Kerana penyakit, rupa kita boleh menjadi buruk dan kerana kelakuan jahat, nama baik bangsa atau suku itu boleh tercemar
rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana leka
Maksud: Seseorang yang berkelakuan buruk akan memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga serta bangsanya.
Contoh ayat: Rakyat Malaysia harus bersemangat dan sedar bahawa rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana leka.
rosak bawang ditimpa jambak
Maksud: Menyusahkan keluarga akibat perubatan sendiri.
Contoh ayat: Tabiat kaki judi ketua keluarga itu membuatkan semua anak dan isteri hidup menderita umpama rosak bawang ditimpa jambak.
rosak hati
Maksud: Menderita.
Contoh ayat: Rosak hati Zaiton kerana ditinggalkan suaminya.
rosak nama
Maksud: Nama tercemar