runcing telunjuk memalit sambal lada

Maksud: Kehidupan yang miskin dan melarat.

Contoh ayat: Dari dahulu hingga kini keluarga Amera tak ubah runcing telunjuk memalit sambal lada.

rupa harimau hati tikus

Maksud: Gayanya hebat tetapi penakut.

Contoh ayat: Ahmad kelihatan hebat tetapi pengecut seperti rupa harimau hati tikus.

rupa tak boleh diubah, perangai boleh dibentuk

Maksud: Rupa paras adalah pemberian Tuhan, namun tabiat adalah pembentukan diri sendiri.

Contoh ayat: Pak Ali menasihati anaknya supaya menjaga tingkah laku kerana rupa tak boleh diubah, perangai boleh dibentuk.