Maksud: Barang sesuatu yang belum pasti didapat sudah direka-reka akan gunanya
rusa ditembak, kijang yang kena
Maksud: Lain yang diimpikan, lain yang diperoleh.
Contoh ayat: Mei Ling bercita-cita untuk mendapat hadiah kereta tetapi dia mendapat sebuah basikal, bak kata pepatah rusa ditembak, kijang yang kena.
rusuh hati
Maksud: Gelisah.
Contoh ayat: Tuan Puteri Lelasari berasa rusuh hati kerana ayahandanya pergi berperang.
sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat
Maksud: Orang yang teras dan sabar berusaha akan mendapat hasilnya
sabung selepas hari petang, tak dapat menuntut balas lagi
Maksud: Berserah kepada nasib (untung-untungan)
sagu hati
Maksud: Ganjaran sebagai pengharagaan.
Contoh ayat: Walaupun tidak menang, adik mendapat hadiah sagu hati dalam pertandingan itu.