satu nyawa dua badan

Maksud: Sehidup semati (bkn dua orang sahabat atau sepasang suami isteri)

satu pintu kalau tertutup, sepuluh pintu lagi terbuka

Maksud: Jika kita mempunyai banyak kemahiran atau ilmu, kehilangan satu pekerjaaan banyak kerja yang lain boleh dibuat.

Contoh ayat: Mariana yang diberhentikan kerja itu bukan menjadi masalah kerana satu pintu kalau tertutup, sepuluh pintu lagi terbuka.

saudara anjing

Maksud: Adik-beradik seibu berlainan ayah.

Contoh ayat: Setelah ibunya berkahwin lain, Mariah memperoleh seorang saudara anjing bernama Mariana.