Maksud: Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga
ada ubi ada talas, ada budi ada balas
Maksud: Barang siapa berbuat sesuatu tentu akan mendapat balasannya
ada udang di balik batu
Maksud: Maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perkataan atau perbuatan
ada udang di sebalik batu
Maksud: Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan.
Contoh ayat: Lelaki yang datang pada waktu senja ke rumah Tuan Haji Hashim agak mencurigakan kerana daripada tindak tanduknya seolah-olah ada udang di balik batu.
ada ulam hendaklah ada sambalnya
Maksud: Tiap-tiap suatu benda atau perkara mesti ada pasangannya
ada umur ada rezeki
Maksud: Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki