Maksud: Serupa saja
seperti limau masak sebelah, perahu karam sekerat
Maksud: Tidak adil, berat sebelah
seperti limau masak seulas
Maksud: Mempunyai kelebihan daripada orang lain
seperti limau masam sebelah
Maksud: Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.
seperti lintah menghisap darah
Maksud: Mengenakan bunga yang terlalu mahal pada wang hutang.
seperti lipas kudung
Maksud: Bergerak dalam keadaan pantas atau, sibuk bekerja.
Contoh ayat: Hidangan tengah hari dapat disiapkannya dalam masa setengah jam kerana dia membuatnya seperti lipas kudung.