Maksud: Pekerjaan yang sia-sia
seperti menarik rambut di dalam tepung; rambut jangan putus, tepung jangan berserak
Maksud: Apabila membuat kerja mesti berhati-hati dan adil
seperti menatang minyak yang penuh
Maksud: Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.
seperti mencurah air ke daun keladi
Maksud: Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati.
Contoh ayat: Segala nasihat Pak Uda kepada abang bagai mencurah air ke duan keladi kerana abang masih tidak mengubah perangainya.
seperti mendapat gagak putih
Maksud: Mendapat tuah
seperti mendukung biawak hidup
Maksud: Sengaja mengerjakan sesuatu yang akan menyusahkan diri;mempunyai anak atau isteri yang sangat menyusahkan hati.