Maksud: Selepas menerima dan menggunakan nasihat, baru nampak faedahnya
seperti menendang landak
Maksud: Menganiaya orang bawahan akan membinasakan diri sendiri
seperti mengadu tuntung jarum
Maksud: Menyatakan fikiran yang sukar-sukar itu terlalu susah
seperti mengajar itik berenang
Maksud: Mengajar seseorang yang arif atau pandai.
seperti mengerat dengan gunting galir
Maksud: Orang yang malas dan bodoh, kalau bekerja tidak sempurna
seperti menghasta kain sarung
Maksud: Pekerjaan yang sia-sia