ayam jalak

Maksud: Orang yang berani

Contoh ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah berjaya menangkap buaya yang telah membaham dua orang penduduk kampung tersebut.

ayam kinantan

Maksud: Sejenis ayam jantan yang berbulu putih

ayam laga sekandang

Maksud: Orang yang bersanak saudara berkelahi tidak perlu dicampuri

ayam mematuk anaknya

Maksud: Memukul (menghukum) anak dan lain-lain bukan untuk menyeksa tetapi untuk mengajarnya

ayam menang, kampuh tergadai

Maksud: Keuntungan yang tidak ada faedahnya. kampuh = kain selimut yang dirangkap daripada tiga helai kain