Maksud: Dalam keadaan bahaya, serba sulit.
seperti tempayan tertiarap di atas air
Maksud: Perihal orang yang bebal dan tidak mahu menurut nasihat yang diberikan
seperti tetaguk di rumah tinggal
Maksud: Orang yang bekerja sendirian tetapi riuh bunyinya
seperti tikus jatuh ke beras
Maksud: Orang yang mendapat kedudukan yang mewah.
seperti tikus masuk roman
Maksud: Orang yang berasa kecewa kerana tidak mendapat seperti yang diharapkannya
seperti tikus membaiki labu
Maksud: Hendak membetulkan barang yang tiada diketahui, akhirnya semakin rosak.